Saturday, February 20, 2010

puisi: *Kepada sahabat baikku*





Sudahlah sahabatku,
Jika kau ingin putuskan,
Aku turutkan sahaja,
Kau tahu aku sudah mencuba,
Kau sedar aku mencuba.

Inginku engkau tahu,
Aku sangat menyayangi diri mu,
Kau tahu aku sanggup menunggu mu,
Aku rela kan diri ku untuk memulakan dahulu,
Aku sahaja, yang mengejar diri mu.

Buat sahabat ku,
Jika kau tidak perlukan aku,
Aku akan mengundur diri,
Tidak inginku mencuba lagi,
Sakit di dada ini,
Aku juga tak mengerti,
Kenapa aku sahaja ingin kan perjumpaan kita?
Kenapa aku sahaja memulakan bicara?
Atau mungkin gara- gara sikapku
yang baran ini tidak kau tahan lagi.
Tidak mengapa sahabat ku,
Aku sudah mengerti,
Aku bukanlah siapa- siapa lagi bagi diri mu lagi.

Memang benar atau pun perasaan?
Adakah aku hanya buruk sangka terhadap mu sahabat?
Kerana aku memang bukanlah seorang yang yakin,
Jadi banyaklah syak wah sangka ku,
Tetapi aku percaya kali ini,
Naluri ku sendiri tidak dapat menipuku lagi,
Kau menghilangkan diri mu dalam hidupku.

Terima kasih sahabat,
Kerana selama ini engkau lah yang terbaik buatku,
Yang paling memahami diri ku,
Yang paling memahami tindak laku ku,
Yang paling memahami gerak tangkas ku,
Jika kau marah pada ku,
Inginku memohon jutaan maaf kepada mu,
Aku tidak mampu untuk membalas jasa mu,
Kata- kata mu dulu,
Akan ku padamkan dari ingatanku,
Cuma akan ku simpan kenangan manis kita itu,
Untuk bekalan anak cucu.
Terima kasih sahabatku.

No comments:

Post a Comment